Saturday, February 14, 2009

KEAJAIBAN TELAH BERLAKU DI PALESTIN

Palestin Pictures, Images and Photos


palestin huruf Pictures, Images and Photos


Gaza – Palestinkini : Hospital-hospital di Semenanjung Gaza selama keganasan Israel di sana menerima peningkatan jumlah kelahiran baru yang mencecah dua kali ganda jumlah mangsa meninggal gugur dalam perang tersebut. Pada saat hospital di Gaza tidak berhenti menerima mangsa perang Zionist sepanjang hari, seakan Allah memberikan ganti dan pengibur dari apa yang hilang dari mereka selama keganasan.

Juru cakap Kementerian Kesihatan Hamam Nisman menegaskan bahawa dalam rentang waktu perang antara 27 Desember sampai 17 Januari rumah sakit-rumah sakit menerima 3700 bayi lahir baru dan melepaskan mangsa gugur sebanyak 1366.

Nisman mengatakan kepada wartawan Rabu (11/2) bahawa Gaza menyambut kelahiran bayi baru setiap tahunnya sebanyak 50,000 bayi atau setiap bulannya sama dengan 3000-4000 anak per bulan. Namun pada bulan Januari 2008 angka kelahirannya paling tinggi dibanding bulan dan tahun-tahun sebelumnya.

Dia menyebut peningkatan kelahiran ini adalah Rahmat Allah kepada masyarakat Gaza yang telah kehilangan banyak nyawa. Ia menunding Israel sengaja membunuh kanak-kanak selama dalam perang sebanyak 437 kanak-kanak dan 2000 kanak cedera parah.

Di sisi lain, Profesor Geografi dan demografi di Universiti Al Aqsa Gaza, Dr Yusuf Ibrahim, bahawa Israel menilai tingginya tingkat kelahiran rakyat Palestin merupakan bahaya yang mengancam eksistensi Zionist di tanah Palestin.

Jumlah penduduk Gaza dalam sepuluh tahun terakhir, meningkat hingga 1,5 juta orang atau meningkat 50%. Penduduk Gaza pada tahun 1997 hanya 36% dari jumlah penduduk di wilayah Palestin secara keseluruhan. Namun akibat tingginya tingkat pertumbuhan penduduk menjadi mereka kini menyumbang 40 peratus.

Pusat Statistik Palestin memperjumlahkan bahawa jumlah warga Palestin akan melebihi enam juta orang di tahun 2025 dan di tahun 2021 akan mencapai angka 9 juta.

Akibat pertumbuhan penduduk di Semenanjung Gaza berbeza dengan warga Tebing Barat kini hanya 350 ribu orang.

Akademi Palestin menyebutkan, Negara Israel membuat rancangan menghabiskan warga Palestin dengan cara pembunuhan peluru berpandu melalui serangan keganasan tentera. (bn-bsyr)

Tuesday, September 02, 2008


   GURU ROHANIKU




                                                                   

Friday, August 22, 2008


Syair Alam


Sesungguhnya alam yang terbentang itu
Tersirat seribu citra makna
Rahsia keanggungan yang kadangnya sukar disimpulkan
Yang kadangnya hampir tak terjangkau
dek sebarang benak fikiran

Unggas-unggas berkicauan
Ikan-ikan berzikir dan memuji sang pencipta
Begitu juga air terjunan
Ombak pantai di pinggiran
Turut sama mempersembahkannya

Cahaya yang datang melimpahi alam maya
Masuk ke seluruh penjuru gelap gelita
Begitulah pula lebihnya lagi kecerahan cahayaNya
Yang menyenangkan semua hati yang mencariNya
Malah terjamin nyalaannya apabila hati telah yakin kepadaNya

Matahari yang cerah dan tak goyah dari paksinya
Mensyaratkan bahawasanya Allah itu Maha Perkasa
Jika demikian seorang hamba mengagumiNya
Hatinya pula bisa diterangi oleh seribu matahari
Yang tak mudah terbenam bagai matahari dunia

Alangkah indah alam ini
Jika kita hayati
Dan kita halusi
Dalam bait-bait puisi
Lalu dipintalkan menjadi hamparan fikiran
Yang melahirkan suatu keindahan
Malah mampu menenangkan…

Thursday, August 23, 2007

guru rohani ku

Alhamdulillah, syukur tak terhingga, cuti aku selama seminggu diluluskan. Aku akan berangkat ke Jabal Suf, Kuala Nerang, Kedah pada ahad ini 26-31 ogos. Syukur tak terhingga juga kerana dapat menatap wajah guru rohani aku Pak guru Zuki As sujak.

Di Pondok Inabah ini, moga menjadi titik tolak untuk aku terus wasil ilallah. Bukan mudah untuk istiqamah dan baqa' dalam beramal. Aku tanam keazaman yang tinggi, mohon sungguh-sungguh supaya Allah kurniakan aku peningkatan kefahaman, amalan dan keikhlasan dalam menuju kepadaNya. Semuanya adalah kurnia Allah. Bukan boleh rasa perasan dan dilakun-lakunkan.

Zikir aku belum kukuh. Buat amalan ala kadar aje. Asal buat. Sedangkan nikmat dan kurnia tuhan tidak terhingga. Tidak terhitung. Malu pada Mu ya Rabb!

Zikir darajat yang sepatutnya diamalkan sekurang-kurangnya 165 kali setiap kali lepas solat fardhu tak dapat diamal secara konsisten. Alasan sibuk adalah alasan ciptaan hawa nafsu. Alasan yang kononnya amat kukuh. Soalnya, sampai bila aku nak mencipta alasan?

"Program Penataran" yang diadakan di Pondok Inabah setiap tahun sekali ini, penuh dengan program ilmiah. Khabarnya akan dihadiri oleh khalifah-khalifah utama tarikat qadiriah naqsyabandiah dari Indonesia. Dr Manan pun akan membentangkan kertas kerja. Tentu seronok!

Inilah juga masa yang sesuai untuk mencari maklumat dan kajian untuk tesis phd aku. Tesis berkait rapat dengan doktrin dan pengamalan tarikat qadiriah naqshabandiah. Para ulamak dari Indonesia yang hadir terkenal dengan kealiman dan kezuhudan mereka. Akan aku dekati meraka.

Juga inilah peluang yang ada. Kita tak tahu sampai bila kesudahan "rezeki" kita di dunia yang fana ini. Rezeki ilmu, rezeki amal, rezeki hidayat dan rezeki rahmat Allah.

Jangan sempitkan rezeki hanya kepada hal-hal duniawi sahaja.

Peruntukan masa untuk kita memperbaiki amal tak diberkan prioriti. Masa yang ada banyak dihabiskan untuk mengumpul kesenangan dunia yang tak habis-habis ini.

Aku pergi sendirian. Isteri-isteri ada program peningkatan akademik anak-anak.

Doakan baba. Hakikatnya baba tak sendirian kerana Allah dan malaikat tetap di sisi.

" Rabbi zidni 'ilma warzuqni fahma". Allahumma nawwir qulubana binurihidayatik kama nawwartal ardha bunuri syamsik abadan abada birahmatika ya Arhamar rahimin."