Friday, August 17, 2007

poligami nan indah


Hari ni sabtu 18 Ogos masuk pejabat juga. Isteri-isteri dan anak-anak memahami. Mereka tak kisah aku sibuk. Mereka dah faham sangat kehidupan aku. Aku rasa nak selesaikan beberapa perkara terutama nak tanda ujian subjek kaunselor siswa dan juga perubatan as syifa'.

Semalam, isteri kedua aku (yah) dah dua hari demam tak leh bangun. (Ida) isteri pertama ziarah dan menemani yah. Siap bawak anak-anak sekali. "Nak tidur rumah kak long." Katanya pada ku. (kak long adalah panggilah ida kepada yah) Syukur Alhamdulillah, hidup kami cukup harmoni saling faham memahami dan saling tolong menolong.

Aku teringat semasa ida bersalinkan anak bongsu aku munir, yah paling kerap ke rumah, hampir setiap hari menjaga Ida dan baby. Dah tak perlu lagi ibu mertua ku datang ke rumah untuk menjaga cucu dan anaknya. Semuanya diambik alih oleh yah.

Kadang-kadang aku terfikir, mengapa kehidupan berpoligami yang harmoni seperti aku nikmati ini tidak dapat ditonjolkan dan diterima dengan fikiran terbuka dan positif dalam masyarakat kita? Poligami sering diletak dikandang salah. Bukankan poligami adalah syariat islam yang diturunkan oleh Allah taala? Adakah Allah menurunkan sistem yang merosakkan masyarakat?

Masyarakat kita sering dimomokkan oleh media, poligami tak sesuai dan membawa masalah. Inilah serangan pemikiran yang merosakkan cara berfikir umat islam. Memang ada dikalangan mereka yang berpoligami tetapi tidak dapat menjadi model sebenar. Namun media tidak wajar menonjol-nonjolkan sangat isu 'kegagalan' tersebut hingga masyarakat merasakan 'syariat poligami' tidak sesuai dan membawa masalah kepada masyarakat.

Syariat dan pengamal adalah dua situasi yang berbeza. Syariat poligami itu cantik cuma terdapat sesetengah pengamal poligami yang gagal menjadi qudwah hasanah.

Jauh berbeza dengan umat islam di Syria, Jordon malah majoriti masyarakat timur tengah dapat menerima syariat poligami dengan fikiran yang positif. Mungkin faktor budaya dan kefahaman islam menjadi punca utama perbezaan penerimaan syariat poligami ini.

Bukan mudah menetang arus!

Alhamdulillah...Mungkin ini rezeki aku. Dikurniakan keluarga poligami yang aman bahagia. Moga dikekalkan kebahagiaan ini hingga ke syurga. Amin..

"Rabbana hablana min AZWAJINA wazurriayyatina qurratan a'yun...."

No comments: