Friday, August 17, 2007

pondok inabah kuala nerang kedah



Pagi tadi aku baru terima surat dari guru ku tercinta, Pak Guru Zuki As Sujak.

Dia jemput aku dan ikhwan lain ke Program Tahunan Penataran. Tema yang dipilih kali ini ialah "Mengintegrasi Kesepaduan Ukhuwah Islamiah Melalui Kaedah Zikrullah". Program tahunan ini akan diadakan pada 27-30 Ogos ini bertempat di Pondok Inabah Jabal Suf Kg Paya, Mukim Padang Temak Kuala Nerang Kedah.

Apa yang menarik para jemputan adalah terdiri daripada khalifah-khalifah trikat qadiriyyah naqshabandiyyah dari indonesia. Antara yang bakal hadir ialah K>H Zezen Zainal Abidin Zayadi Bahruzul Asyhab, K.H Wahfiuddin dan ramai lagi.

4 comments:

Zarina Mohd Ramly said...

Assalamualaikum...

Boleh minta nombor telefon untuk: Pondok Inabah Jabal Suf Kg Paya, Mukim Padang Temak Kuala Nerang Kedah?

Terima Kasih...

abdul rahman said...

assalamualaikum..
saya dr universiti utara malaysia..
berhajat utk mengadakan lawatan di pondok inabah..
kerna tertarik dengan pendekatan yg digunakan pihak tuan dalam menangani masalah..
justeru, saya ingin tahu respon dr pihak tuan bagaimana..
sekian..

Smart Caliph Summer Camp said...

Assalamu'alaikum wbt.

Ilaahi anta maqsuudhi, wa ridhookamatluubhi, aqtinii mahabbataka wa maqrifataka.. ( Ya Allah, hanya Engkau yang ku maksudkan, dan keredhoanmulah yang ku cari, berikanlah kepadaku supaya aku mampu untuk mencintai-Mu dan maqrifah kepada-Mu)..

tuan puan yang dimuliakan Allah swt.

Saya terpanggil untuk memberi barang sedikit maklumat mengenai Pondok Remaja Inabah (1) Malaysia, Jabal Suf, Kg. Paya, mukim padang temak, 06300 kuala nerang kedah. no telefon 04-7823996 (pej 10am-5pm),

Pengetua/ pendiri Pondok ini ialah Al- Mukarrom Pak Guru Hj. Mohd Zuki As- Syuja' bin Shafie (ADK.,BKM) dan Ketua Tadbir ialah Pn. Intan Sakinah.

Maksud inabah itu sendiri yang membawa erti 'kembali' iaitu faktor tunjang kepada semua permasalahan kita di dunia ini adalah kerana kita " tidak kembali kepada Allah".. yg mana menjadikan diri kita kosong, hati kita gelap dan keras tak menerima hidayah Allah.. " uniibuu illallah".. Kembali Kepada Allah..

Tiada kekerasan atau penderaan fizikal mahupun mental dikenakan kepada pelatih (anak bina), semuanya dilayan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang. membuatkan mereka yg pernah masuk ke pusat serenti/penjara/dsb merasakan diri mereka lebih bernilai disini.

Kaedah rawatan Islam sepenuhnya disini tanpa Metadhon.. Bermula dengan mandi taubat pada jam 3.30 pagi, disambung dengan qiyamullail,zikir,khataman doa-doa,solat- solat sunat.... inilah yang pernah baginda nabi Muhammad SAW perturunkan buat semua umat-umatnya yang mana kita sendiri mungkin terlupa atau terlalu sibuk hingga tiada masa untuk melaksanakannya..

Anda semua patut meluangkan masa barang 2-3 hari datang dan melalui sendiri riadhah ibadah seharian disini dan rasakan sendiri nikmat apabila kita semua KEMBALI KEPADA ALLAH....uniiiiibuu illallah.. Masyaa Allah.. itulah pengalaman yang tak dapat diceritakan..kerana ianya hanya dapat dirasakan bagi sesiapa yang benar-benar ikhlas melaksanakannya.

Rata- rata penghuni di Inabah (1) malaysia ini berumur dari 18 hingga 60 tahun.. yang bujang,yg berkahwin,yang dah beranak cucu.. semua dikumpulkan disini dan semuanya melalui rutin hidup yang sama disini. tempoh rawatan selama 6 bulan untuk permulaan sebenarnya tidak mencukupi untuk dijadikan benteng ampuh untuk meneruskan hidup diluar yang penuh dengan ujian jika kita tidak benar- benar bersedia dan beriltizam untuk berubah..

Semuanya bermula dari "HATI" kita..

Sabda Baginda nabi Muhammad Saw.. " Didalam jasad anak Adam itu terdapat segumpal darah, jika baik darah itu, maka baiklah seluruhnya dan jika buruk darah itu maka buruklah seluruhnya,,ia adalah HATI"..

inabah adalah sebuah 'bengkel' pembersihan hati yang rosak..

rata-rata yang berjaya, kerana mereka sememangnya mempunyai tekad yang tinggi untuk berubah menjadi lebih baik.. jika yang menolak..maka pelbagai masalah akan terjadi dalam hidup mereka.. inilah akibatnya jika memilih untuk jauh dari Allah sedangkan Inabah itu adalah tempat untuk membawa kita dekat kepada Allah, mengenali Allah, mencintai Allah..

InsyaAllah.. ramai yang sudah nampak akan hasilnya, JAKIM sendiri telah turun padang ke inabah untuk melihat sendiri kejayaan disini. Pihak IPTA/IPTS telah banyak membuat lawatan sambil belajar di Inabah dan banyak program-program pembangunan insan telah dianjurkan di Inabah bermula dari peringkat sekolah rendah, menengah,remaja,mahasiswa, golongan pekerja, hatta ustaz/imam sekalipun turut serta dalam program disini.. Kesannya telah ramai yang kembali.. kembali menemui jalan yang nyata..

"PEJAMKAN MATA, DIAMKAN BIBIR YANG BERKATA-KATA, RENUNGKAN SEDALAM-DALAMNYA, DIMANA KITA SEBENARNYA, APA YANG INGIN KITA CARI DALAM HIDUP INI,DAN APAKAH KESUDAHANNYA NANTI.... MAKA TANYALAH SECEBIS IMAN DIDALAM HATI ITU.. MUDAH- MUDAHAN ALLAH MEMBERI CAHAYA PETUNJUK KEPADA KITA SEMUA.. INSYAALLAH.."

Unknown said...

Salam.. Boleh saya dapatkan nombor telefon ustaz zuki nie..

Fai
01111581879