Sudah tentu tanpa berfikir panjang, anda akan merasa sangat teruja untuk memilih syarikat A. Gaji yang berjumlah RM4050 sebulan jauh lebih lumayan berbanding RM150 sebulan. Memadaikah gaji RM150 untuk belanja hidup di zaman sekarang?
Tiba-tiba ada di kalangan kita buat keputusan untuk memilih syarikat B. Apakah tanggapan anda kepadanya? Sudah tentu, anda punya andaian dan tanggapan tersendiri terhadap individu tersebut, bukankah begitu?. Tahniah! Kerana pilihan anda bijak dan tepat dengan memilih tawaran dari syarikat A.
Namun, satu pertanyaan yang mesti kita ajukan kepada diri sendiri iaitu ”bagaimana pula dengan tawaran yang akan diberikan oleh Allah ta’ala kepada aku di hari akhirat kelak?” Tawaran dari Allah ta’ala dan RasulNya sudah tentu jauh lebih besar dari tawaran dalam bentuk gaji atau wang. Apakah tawaran itu? Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ”Solat berjamaah itu lebih afdhal (ganjaran pahalanya) dari solat secara sendirian dengan 27 kali ganda ganjaran.”(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Apakah maksud hadith ini? Maksudnya, jika seseorang itu solat secara berjamaah 5 kali sehari, maka ganjaran yang akan diperolehi ialah 27 ganjaran pahala, darab dengan 5 kali solat jamaah. Bermakna 135 ganjaran pahala sehari semalam atau 4050 ganjaran pahala sebulan. Berbanding dengan seorang yang solat secara sendirian 5 kali sehari. Apa yang akan diperolehi ialah 5 ganjaran pahala sehari semalam atau 150 ganjaran pahala sebulan. Memadaikah 150 ganjaran pahala untuk belanja hidup di alam alkhirat?
Soalnya sekarang, bagaimana pula tanggapan anda jika ada dikalangan kita yang hanya teruja untuk mendapat 150 ganjaran pahala sebulan dan tidak pula teruja untuk merebut 4050 ganjaran pahala sebulan? Seterusnya, mengapakah dalam bab tawaran kerja, kita teruja sangat memilih gaji RM4050? Tetapi dalam bab solat, kita menolak 4050 ganjaran pahala? Ketahuilah, ganjaran pahala akan kekal selama-lamanya, manakala wang atau gaji hanyalah harta sementara dunia. Renung-renungkanlah...
Marilah kita menanam keazaman dan semangat untuk menjadi hamba Allah yang benar-benar mentaati perintahNya dengan menunaikan solat secara berjamaah. Namun jika kita masih memilih untuk solat secara sendirian, ditambah pula solat dengan lalai dan cincai, dibimbangi amal kita bukan saja ditolak tetapi dimurkai Allah taala. Na’uzubillah!
Syukur Alhamdulillah, ramai mahasiswa dan staf di UMP yang komited menjadi tetamu Allah, memakmurkan Masjid UMP. Fenomena indah:”Sejuk Mata Memandang.” Firman Allah yang bermaksud ”Hanya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta tetap mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut kepada (sesiapa pun) melainkan Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang yang mendapat petunjuk”
No comments:
Post a Comment