Friday, August 03, 2007

teori abcde dan SABAR

Sabar tidak mudah. Namun maqam syukur lagi tidak mudah. Sabar hanya mampu dipertahan jika seiring dengan kebijaksanaan. Kebijaksanaan hanya mampu diperolehi dengan ketenangan. Tenang pula tidak akan diperolehi tanpa ingatan yang benar-benar khusyuk kepada Allah taala.

Sabar diperlukan apabila kita menghadapi kesusahan dan ujian. Biasanya tekanan hidup mudah untuk dihadirkan rasa sabar kerana penderitaan yang dialami memaksa kita pasrah dan tak mampu nak buat apa-apa. Terlantar sakit kronik di katil. Apa lagi yang boleh dibuat selain berbaring dan sabar.

Berbeza dengan sifat syukur. Syukur hadir bersama kesenangan dan kenikmatan. Biasanya bila kenikmatan dirasai, orang tak ingat punca kesenangan, iaitu Allah taala. Lupa tanggungjawab sebagai hamba Allah. Kerana itu Allah menegaskan dalam firmanNya yang bermaksud " Amat sedikit dari hamba Ku orang yang bersyukur."

Ada ketikanya sebagai manusia biasa kita tidak dapat membendung rasa sedih dan sabar. Bukan mudah untuk mengabaikan kata-kata bisa, menghiris dan menyayat perasaan.

Kita kena belajar menelan kemarahan. Kita janganlah merintih dan gundah gulana dengan berkata " Mengapalah dia gamak buat aku begitu?"

Terima ajelah. Antara prinsip hidup orang-orang yang beriman ialah sedia maafkan sesiapa saja. Apa jua kesalahan dan kesilapan yang dilakukakan. Hatta kalau ada manusia yang membunuh kita pun, syariat islam masih memberi peluang kepada keluarga si mati samada hendak memaafkan atau tidak. Itu kes sudah sampai tahap hukum hudud, setakat mengutuk dan mencaci maki apalah sangat.



















Apatah lagi jika orang yang mengutuk dan mencaci itu adalah aorang yang rapat dengan kita.
Tiada ruang sedikit pun di h
ati ini untuk berdendam. "Aku maafkan kau dunia akhirat, tiada sebesar zarah pun dosa kau kat aku." Alangkah sucinya dan pemaafnya hati insan yang mampu mengungkap kata-kata ini.

Menurut teori kaunseling. Peristiwa yang telah berlaku tak mampu kita nak ubah. Sebab peristiwa itu telah pun berlaku. Apa yang boleh diubah ialah cara kita respond terhadap peristiwa yang berlaku. Jika respond kita positif dan baik, maka jiwa dan fikiran kita akan jadi positif dan baik. Tetapi jika respond kita sebaliknya maka pemikiran kita akan terus bermasalah.


Teori ABCDE ini masih segar dalam ingatan semasa belajar praktikal kaunseling bersama En Yusof Ahmad pakar kaunselin
g individu di UPM dulu.

A- ialah Activating Event iaitu peristiwa yang telah berlaku.
B- ialah Belief system iaitu semua kepercayaan samada rasional atau sebaliknya.
C- ialah Consequences iaitu akibat samada positif atau sebaliknya.
D- ialah Disputing iaitu mempertikai kepercayaan yang tidak rasional.
E- ialah Effective Thinking iaitu pemikiran baru.

Dikesempatan yang lain aku akan terangkan Teori RET (Rational Emotif Imagery) ini. Apa pun teori kaunseling yang kita gunakan Allah adalah penyembuh dan penyelesai masalah. Itu ibu segala teori penyelesaian masalah. Oleh kerana itu, mohonlah kepada Allah supaya diberi kesabaran dan ketabahan dalam menempuh ranjau dan duri dalam kehidupan yang sementara ini.

" Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"



No comments: