Semalam berbuka puasa di rumah isteri ke dua bersama isteri pertama dan anak-anak. Memang setiap minggu (isnin) kami sekeluarga iftar jamaie. Ini telah menjadi amalan kami sekeluarga.
Isteri pertama Hamidah Mohamed (da) masakkan tom yam udang, walaupun pada mulanya aku 'order' tom yam sotong, (sedap, main order aje) tapi katanya sotong dah habis. Dua tiga kedai dah pergi. Begitulah kasihnya seorang isteri kepada suaminya :) ehemm...bodek ke? Tidak... Itulah yang aku rasakan selama ini. Jangan mudah lupa pengorbanan seorang isteri. Isteri kedua safiah razak (yah) pula masak ayam lemak pedas. Sama-sama tolong masak. Kami berkumpul ramai-ramai di taman guru. Seronok betul iftar jamaie ni, tuhan saja yang tahu.
Anak aku Aziz (abang ngah) baru berusia tujuh tahun tapi cukup komit nak pose. Lepas berbuka, dia tunjuk satu jari tersirat makna "Jangan lupa upah pose satu hinggit!" Aku kata "Esok pagi Baba bagi." Dia sengih, happy la tu..
Benarlah sabdaan Nabi SAW yang mafhumnya '"Dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, pertama ketika berbuka dan kedua ketika bertemu dengan Allah nanti."
Aku pula dapat rasa kegembiraan yang ketiga iaitu dapat berkumpul kedua-dua isteri dan anak-anak dengan harmoninya. Alhamdulillah, syukur tak terhingga.
Bila tiba bulan rejab terdengarlah orang membicarakan tentang amalan di bulan rejab terutama puasa rejab. Ada yang seronok bila bulan rejab tiba. Seronok nak puasa sunat. Dalam masa yang sama kita mula mendengar dan membaca dalam akhbar tentang hadith-hadith palsu berkenaan amalan di bulan rejab.
Pelbagai perbahasan yang diutarakan. Kita umat islam sewajarnya berpegang dengan hadith sohih dalam beramal ibadah. Cuma janganlah kita asyik berdebat tentang hadith amalan rejab: itu hadith palsu, itu hadith dhaif sehingga akhirnya, kita pulak yang tidak berpuasa langsung di bulan rejab ini. (Awas dari tipu daya syaitan yang suka menggoda manusia berdebat) Kerana di sana ada hadith sohih yang menceritakan Rasulullah SAW yang maksum itu berpuasa di bulan rejab.
Mahfum dari hadith riwayat Muslim ada menyebut Rasulullah SAW dilihat banyak berpuasa pada bulan rejab seolah-olah baginda berpuasa sepanjang bulan tersebut dan ada juga dilihat Rasulullah SAW tidak berpuasa di bulan rejab seolah-olah baginda tidak berpuasa sepanjang bulan rejab.
Sudah tentu kita sebagai manusia yang tidak maksum dan semakin jauh jarak masa dari Rasulullah SAW sewajarnya kita perbanyakkan puasa di bulan rejab ini. Maklum sajalah kita umat akhir zaman ini agak kurang beramal berbanding jenerasi awal Rasulullah SAW. Juga marilah kita di bulan yang diberkati ini memohon kepada Allah supaya mengampuni dosa kita yang banyak ini.
Buat isteri-isteri dan anak-anak tercinta, doakan kita saling sayang menyayangi dan berkasih-kasihan hingga ke syurga hendaknya...
Allahumma innaka ta'lam annahazihil qulub...
Qadijtama'at 'ala mahabbatik! Amin ya Rabbal a'lamin..
No comments:
Post a Comment