Monday, August 06, 2007

pandai mengujar, tahu berbahasa



Seorang mahasiswa (bukan pelajar UMP) baru habis solat maghrib. Ketika sampai di pintu keluar masjid, didapati seliparnya hilang. Kebetulan pula, ada seorang lelaki tua di depannya.

Lalu anak muda ini bertanya kepada lelaki tua ini dengan selambanya " Anta nampak selipar ana?" Lelaki tua itu terkejut beruk. Tak terjawab dia soalan yang 'ajaib' itu. Terkedu dan tertanya di hatinya. "Siapa ana dan siapa anta?"

Itulah salah satu contoh komunikasi yang buruk. Bercakap dengan seorang pakcik tua dengan mengunakan bahasa "ana dan anta."

Sasarannya tak kena. Seorang pak cik tua, lebih sopan untuk kita bahasakan dia 'pakcik atau encik' sahaja. Tak perlulah 'ber ana atau ber anta' dengan orang tua. Yang kita tak tau dari mana datangnya. Silap haribulan kena penampar free.

Kaedah mengujar perlu dipelajari supaya kita dilihat "berbahasa."

Bahasa jiwa bangsa!

No comments: