"Suami yang beriman, berdakwah dan berjihad di jalan Allah apabila meninggal dunia bermakna satu "jenazah agama" akan dikebumikan!. Bumi kehilangan pejuang agama."
"Lebih-lebih lagi jika isteri dan anak-anak yang ditinggalkan tidak mewarisi amalannya. Maka yang ditinggalkan oleh jenazah agama itu pula ialah pewaris nafsu yang leka pula.
"Oleh itu tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah taala, marilah kita menjaga alia kita, isteri kita dan anak-anak supaya mereka juga seperti kita bersama berada di jalan Allah dan akhirnya selamat dari azab Allah yang maha pedih."
Begitulah bayan maghrib yang aku dengar semalam dari seorang "karkun burzuq." Kata-katanya itu cukup mengesankan aku.
Semalam iktikaf di Masjid Mat Kilau (markas tabligh) bersama teman-teman. Itulah hobi aku di hujung minggu. Dengar bayan, lepak (iktikaf) dan dengar pulak bayan subuh keesokan pagi. Dari bujang sampai sekarang itulah hobi aku.
Semasa bayan baru nak mula, aku terpandang satu susuk yang tidak asing bagi aku. Cuma agak lama tak jumpa.
Terkejut, gembira campur terharu dapat jumpa Tuan Haji Salleh. Bos lama aku yang juga bekas jurutera Kuantan Port Consotium tempat kerja lama aku. Seorang yang tenang, wibawa dan ada haibah. Sekali pandang macam As Syahid Omar Mokhtar mujahid dari tanah Libya yang pernah difilemkan dalam Lion of the Desert.
Tuan Hj Salleh, orangnya ringan tulang, banyak membantu dan menunjuk ajar aku. Banyak berkorban untuk agama. Aku pernah kerja dengan dia sebagai pegawai kebajikan KPC merangkap imam1 Masjid Pelabuhan Kuantan pada tahun 2000.
Rupanya dia baru balik cuti kerja dari Qatar. Cuti anak kawin katanya. Bercerita tentang negara Qatar yang penduduk asalnya sekarang hanya seramai 250,00 manakala pendatang lebih kurang 600,000 orang. Banyak lagi yang kami bualkan. Seronok sangat beborak dengan dia. Mungkin lama tak jumpa.
Dia ofer aku kerja dengannya di Qatar. Gaji lumayan katanya. Aku tak anggap tawarannya itu serius . Lebih-lebih lagi bila terbayangkan isteri-isteri dan anak-anak, tawaran itu aku anggap seperti angin lalu sahaja. Tak mungkin aku mampu menjaringnya.
Juga jumpa dengan khairi, anak buah aku semasa aku mengajar di Institiut Bina Usahawan dulu. Anak muda yang pernah bersama aku dalam program Akademi Bina Ummah. Dia bekas pelajar POLISAS. Alhamdulillah sejuk hati tengok dia begitu komited dengan islam dan intima' dalam jamaah ini.
Tubuhnya pun makin 'semangat' semenjak kawin. Maklumlah semuanya terjaga. Tak macam student dulu kurus melidi aje. Katanya "Sejak kawin dua tahun lalu tubuh saya dah naik 10 kilo."Itulah nikmat berkawin semua diurus isteri. Lebih-lebih lagi dapat isteri yang solehah. Dunia, ana yang punya lah!
Namun soalan cepumas yang buat aku tersengih dan buat-buat bodoh ialah "Saya dah keluar 4 bulan ke IPB (India, Pakistan Bagladesh). Ustaz bila lagi?" Aku kata " err...anta doa lah kat kat ana ye?" Ada rezeki ana keluar lah, Insyaallah."
Pelik jugak malam ni, tanpa gebar, letak kepala terus lelap. Nyamuk usah kiralah. Mungkin aku banyak berfikir dan keletihan, aku tidur mati.
Sedar jam 5.30 pagi. Terperanjat! ada seorang karkun, solat betul-betul depan aku. Aku rasa macam disembahyangkan pulak. Aku jadi mayat pulak dah!
Bergegas, malu sendiri, bangun untuk join sama merembah diri pada Mu ya Tuhan.
"Alhamdulillahillazi ahyana ba'dama amatana wailahinnusyur" Amin ya rabbal alamin.

No comments:
Post a Comment