Saturday, August 04, 2007

seni dakwah ada dalam MLM















Sekiranya saudara nak belajar seni dakwah yang berkesan bolehlah merujuk kepada mereka yang pakar dalam Multi Level Marketing (MLM). Jangan salah sangka!. Bukankah hikmah dan kebijaksanaan itu mesti dikutip oleh umat islam di mana saja? Ada banyak yang boleh dikongsi bersama terutama skill dan strategi menarik prospek.

Skill
menarik mad'u kepada islam tak jauh bezanya dengan skill menarik prospek kepada MLM.

Semalam aku berpeluang mendengar ceramah dari seorang anak muda yang SPM pun tak lulus. Usianya baru di awal 30an. Pernah bekerja kilang hampir 7 tahun. Namun berkat kegigihan dan kesungguhan, penglibatan beliau dalam MLM cukup berbaloi. Diusia semuda itu dia sudah bergelar jutawan. Nasarudin bin Ab Rahim merupakan seorang usahawan MLM yang sangat berjaya. Semasa beliau bersama sebuah syarikat bumiputera yang terkenal SURECO, bonus jualan beliau pernah mencecah RM 70 ribu setiap bulan. Satu pencapaian yang luar biasa bagi kita tetapi tidak bagi beliau. Kini beliau komited dengan sebuah lagi syarikat bumiputera yang berjenama HLM marketing.

Pada malam perjumpaan aku dengannya, dia menerangkan perbezaan di antara berniaga secara konvensional dan MLM. Memang ketara perbezaannya. Diantaranya, jualan konvesional memerlukan modal yang besar berbanding MLM.

Katanya, "Untuk berjaya dalam MLM kita mesti bersabar dan punya target untuk berjaya. Sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun. Jangan dalam tempoh sebulan dua sudah teruja nak dapat pendapatan RM20,000. Itu gopoh namanya. "

Isti'jal (gopoh) dalam ungkapan ilmu fiqh dakwah.

Allah sendiri dalam firmanNya yang bermaksud " Jika sekiranya perjalanan dakwah ini dekat (wahai Muhammad), nescaya ramai orang akan mengikut kamu, tetapi jalannya panjang dan penuh ranjau kesusahan...hingga akhir hayat.

Katanya lagi "Mereka yang terlibat dengan MLM hendaklah belajar bagaimana hendak menaja, menjual dan mencari ahli. Ilmu komunikasi sangat penting dan ianya boleh diperolehi dengan pengalaman. Pengalaman itu mesti dilalui barulah kita benar-benar mengerti. Kerja sebagai peniaga dalam MLM mesti berilmu, jangan main bantai sahaja."

Bila aku amati, ternyata kerja dalam MLM ini menghampiri kaedah dalam dakwah. Al Quran mengungkap seni komunikasi seperti qaulan layyinan, qaulan karima dan seumpamanya. Cuma kita masih kurang menggali si kandungannya yang maha hebat itu.

Komunikasi dalam berdakwah adalah begitu seni dan perlu bijak dalam menilai kadar pemikiran seseorang. Rasulullah menekankan seni berkomunikasi mengikut tahap pemikiran seseorang. ('ala qadari 'uqulihim). Peka menilai siapakah orang di depan kita. Adakah orang berada, orang miskin atau siapa? Barulah orang yang kita seru akan terpengaruh dan dengan rela hati menerima dakwah kita.

Bayangkan MLM tanpa komunikasi yang baik. Sudah tentu prospek akan angkat punggung dan meninggalkan kita. Begitu jugak pendakwah yang menggunakan pendekatan yang kasar, mengutuk dan mencaci, sudah tentu mad'u akan lari dan menjauhkan diri dari kita.

Seperti mana mafhum Al Quran "Jika sekiranya kamu bersikap kasar sudah tentu orang akan menjauhi kamu... hingga akhir ayat.

4 comments:

aladdin said...

Tel.saya utuk perluang sebagai usahawsm mlm yg murni ..anda akan terpegun dgn plan yg cukup adil ..tak tedapat dilain syk ..syk tempatan..sms.0166529100

aladdin said...

Tel.saya utuk perluang sebagai usahawsm mlm yg murni ..anda akan terpegun dgn plan yg cukup adil ..tak tedapat dilain syk ..syk tempatan..sms.0166529100

aladdin said...

Syk mlm yg adil dan memberi bolus yg lumayan ..plan yg tiada di syk lain.syk tempatan..ada ajl milik melayu dan cina 50_50..info sms jer 016 6529100...pasarsn masih besar dan berpontensi. Berkembang

aladdin said...

Tel.saya utuk perluang sebagai usahawsm mlm yg murni ..anda akan terpegun dgn plan yg cukup adil ..tak tedapat dilain syk ..syk tempatan..sms.0166529100